Wednesday, October 12, 2011

Program Ibadah Qurban Haluan Malaysia

Jomla kawan-kawan menyertai ibadah qurban ini jika berkemampuan @ ada rezeki yang lebih..berkongsi dengan saudara-saudara kita yang sangat memerlukan di somalia sana..

Jom masuk ke http://www.haluan.org.my/v3/





Tulisan yang sangat menyentuh hatiku...Usia Anak ini sebaya dengan Aisyah anakku...Alangkah beruntungnya anakku dan anak-anak di Malaysia. Ya Allah selamatkanlah anak-anak ini...

Dipetik dari laman web Haluan




"Seorang bayi terpaksa meneruskan perjalanan bersama kakaknya yang berusia sekitar 5 tahun apabila ibu mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan berhijrah mendapatkan bantuan di sempadan Kenya. Secara umum, semua mereka tiba dalam keadaan kepenatan, kelaparan, kehausan dan sakit."

Tuesday, July 19, 2011

Baby stroller for sale


Baby Stroller untuk dijual. Brand Sweet Cherry (2007).
Harga below RM100..Jika berminat boleh hubungi saya di ayun63@yahoo.com.

Saturday, July 3, 2010

Hari Bertemu Pelanggan BSM


Pada 29 Jun 2010 yang lalu, buat pertama kalinya BSM mengadakan hari bertemu pelanggan. Aktiviti yang julung kalinya diadakan sejak hampir 7 tahun aku berada di BSM.

Antara objektif hari ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan BSM bertemu, berkongsi idea,cadangan, permasalah dan penghargaan kepada BSM. Nampaknya sambutan pada tahun ini agak baik walaupun tidaklah mencapai sasaran sebenar.

Kaunter Unit Teknologi Maklumat menyediakan info berkenaan dengan sistem IMS (Sumber Manusia), Portal dan info berkenaan HRMIS. Tak lupa, kami juga menyediakan cenderahati kepada pengunjung bertuah.

K, just nak share beberapa gambar untuk tatapan semua. Dan terima kasih kepada semua yang hadir, terima kasih atas sokongan , cadangan dan komen yang diberi. InsyaAllah, tahun depan kami akan buat yang lebih baik..

Tuesday, March 30, 2010

RAHSIA TARIKH LAHIR

Lepas tamat latihan migrasi Oracle Forms dan report from 9i to 11g aku singgah sekejap di meja Am. Niat asalnya nak tanya perkembangan status bugs pada portal..Tetiba kuar topics yang mengujakan..Rupanya Am telah menghadiri kursus NLP = Ilmu memodel keunggulan seseorang...dan sempatla berkongsi serba sikit ilmunya dengan aku..berkenaan tarikh lahir..

Rupanya dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi.

waa..aku dalam kategori ni la...Tapi yer ke...apapun ni kajian jek kan...Mana yang baik kita kembangkan lagi..mana yang kurang..kita asah menjadi lagi baik..

Pendamai

  • Dilahirkan sebagai diplomat.
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambi kira dirinya sendiri.
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
  • Mereka tidak suka bersendirian.
  • Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
  • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri(self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Doa...


Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..

Doa yang digalakan semasa mengandung
- Saidul istigfar
- Doa mohon rahmat (Surah ALi Imran , 3 :8-9)
- Doa mohon zuriat yang baik (Surah ALi Imran , 3 :38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (Surah Ibrahim, 14 :40-41)

Doa yang digalakan semasa membesarkan anak :
- Doa anak patuh kepada Allah (Surah Al Baqarah , 2 :128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Surah Al Furqan , 25 : 74)
** Dipetik daripada email yang diforward oleh seorang kawan
There was an error in this gadget