Saturday, July 3, 2010

Hari Bertemu Pelanggan BSM


Pada 29 Jun 2010 yang lalu, buat pertama kalinya BSM mengadakan hari bertemu pelanggan. Aktiviti yang julung kalinya diadakan sejak hampir 7 tahun aku berada di BSM.

Antara objektif hari ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan BSM bertemu, berkongsi idea,cadangan, permasalah dan penghargaan kepada BSM. Nampaknya sambutan pada tahun ini agak baik walaupun tidaklah mencapai sasaran sebenar.

Kaunter Unit Teknologi Maklumat menyediakan info berkenaan dengan sistem IMS (Sumber Manusia), Portal dan info berkenaan HRMIS. Tak lupa, kami juga menyediakan cenderahati kepada pengunjung bertuah.

K, just nak share beberapa gambar untuk tatapan semua. Dan terima kasih kepada semua yang hadir, terima kasih atas sokongan , cadangan dan komen yang diberi. InsyaAllah, tahun depan kami akan buat yang lebih baik..

No comments:

There was an error in this gadget