Tuesday, March 30, 2010

RAHSIA TARIKH LAHIR

Lepas tamat latihan migrasi Oracle Forms dan report from 9i to 11g aku singgah sekejap di meja Am. Niat asalnya nak tanya perkembangan status bugs pada portal..Tetiba kuar topics yang mengujakan..Rupanya Am telah menghadiri kursus NLP = Ilmu memodel keunggulan seseorang...dan sempatla berkongsi serba sikit ilmunya dengan aku..berkenaan tarikh lahir..

Rupanya dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi.

waa..aku dalam kategori ni la...Tapi yer ke...apapun ni kajian jek kan...Mana yang baik kita kembangkan lagi..mana yang kurang..kita asah menjadi lagi baik..

Pendamai

  • Dilahirkan sebagai diplomat.
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambi kira dirinya sendiri.
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
  • Mereka tidak suka bersendirian.
  • Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
  • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri(self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

No comments: