Saturday, December 20, 2008

Sesi Testing Pemulihan Bencana SMBU (DRC)

wargh...dah letih dah ni..sesi testing DRC kali ni buat malam.. Mula kul 9 dan dijangka tamat kul 3 pagi..Ramai gak yang terlibat malam ni..Dalam Opis ICT ni je ada Am, Kak Kesuma, Fir, izan, Put, Ami...dan staf2 ICT yang aku tak berapa kenal...

Huhuh...Abis le plan sok..nak bersarapan pagi2 kat Mawar..:-(

Sepetang di Tasik Embayu Proton City










Bawa Aisyah jalan-jalan tepi tasik..Suka benor le Aisyah dapat tengok itik dan bagi itik makan roti yang dah expired...;-)

Sunday, December 14, 2008

Ubat Sapu Alahan Kulit

Ni ubat sapu biasa ( mengandungi steroid)

ni ubat yang disyorkan (tidak mengandungi steroid)



Saturday, December 13, 2008

Satu hari di SOGO..










Hari ni..ambil kesempatan ke SOGo..actually tujuan utama nak bawa AIsyah ke Klinik..Ekzema aisyah makin teruk plak..kesian kat dia..Kami singgah Klinik Dharan lepas balik dari Sogo..Em..lepas chek Dr nasihatkan supaya km mengurang pergantungan kepada ubat sapu (putih) dan makan tu..Katanya ubat sapu tu mengandungi steroid..jd untuk jangka panjang (kalau guna) kulit akan jadi nipis..DIa ada syorkan kami mendapatkan ubat lain di farmasi yang tidak mengandungi steroid..Mahal woo ubat tu..RM118..kecik je kotak nyer..aku lupa namanya..nanti aku masukkan kat sini...Kami juga disyorkan menggunakan krim pelembab pada kulit aisyah untuk mengelakkan kekeringan...Mungkin aku nak syorkan kawan-kawan yang mempunyai anak senasib guna menda ni...sayangi la anak kita.dan mudahan sakit ni..akan baik cepat...
Rasanya puas hati la kali ni jumpa dengan Dr ni..tak tau apa nama dia..tp dia bukan pakar kulit Dharan tu...Dia ajak kami berbincang dan bg advice..sebab selalunya Dr chek lebih kurang jek...Harapnya ada ramai Dr yang macam ni di luar..yela...Kita sebagai pesakit..bukannya dapat perkhidmatan free kan...
Hehe...ni la coretan ku kali ni..apa pon..pi shoping ngan aisyah yang makin membesar ni..Kureng best..macam-macam ragam dan angin tak baik dia...Kita rasa seronok..dia rasa boring agaknya kan...

Thursday, December 11, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari raya aidiladha...:-) Apakah pengorbanan yang telah kita buat...pikir-pikir ..renung-renung le..??? Pada aku..banyak lagi benda baik yang blom aku buat...huuhuhuh..

BAgi diri aku le...aidiladha kali ni tak de la semeriah selalu..Aku tak balik kampung pon...cume beraya dengan aisyah kat rumah...al maklum le..pakwe ku kena keje pada hari raya tu.....aku pon tak sihat since last week...Musim demam rasaanya skg ni.

Aku masak simple2 jek..rendang + kek pisang sempoi jek (sedapnye kek pisang ku) + soto (menu wajib tiap kali raya)..hehhe..tak de sesapa menziarah aku pon..so sume mknan ni kami bertiga yg abiskan...sedap..

Tak tau nak share apa lagi..Just snap gambar masa gi shopping kat 1 Utama ari tu....

Thursday, December 4, 2008

Majlis Sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 UPSI

Ni pon..story yang lama gak..Majlis ni diadakan pada 20 Nov 2008 yang lalu..hehhe..time2 rajin ni aku n3 la sume ...untuk tatapan kawan-kawan...ni le yang sempat disnap...

Tahniah yer..kepada yang menerima anugerah tu (Put..Kak zah..Kak Yan dan Cik Su)kepada yang tidak tu..(I le tu ;-) )mari le kita sama-sama ikut jejak kawan-kawan kita ni..Cayo2..!!!

Kami ni jadi penyambut tetamu jek...Bergaya macam penerima naugerah yer...;-)

Ni le penerima anugerah tahun ni...Tahniah..Tahniah..Bila nak belanja...




Kenduri kat rumah Boss Ku

Ni story lama gak...aku tak sempat nak masukkan dalam blog ni...tak berkesempatan..al
maklumla bz sgt 2 tiga menjak ni...macam-macam mende nak buat dan difikirkan...Belum
campur yang tak de dalam perancangan tahun 2008. Ini le nasib kan..org kecik..:-)...

Kla..kat sini..aku letakkan beberapa gambar yang sempat disnap sepanjang majlis sempena Dato rusley Ke Mekah..seronok..rugi kak zah tak join...kami sempat gi IKEA lagi..bukan tak penah pegi kan...sesekali kuar dengan kawan-kawan..rasa hepi sangat..

Dato rusley pon nampak hepi..Moga dapat haji yang mabrur Dato...amin...



Korean Brooch

Hehhe...Sekarang aku dah teruja dengan brooch dari korea..Pada aku le memang puas hati memakainya...Bak kata orang alah membeli menang memakai..yela..kalau ikutkan..harganya agak mahal dari biasa. Tengok le koleksi terbaru brooch ku ni...canTikkan...Nak tau sapa dealernya..."sakura"

There was an error in this gadget