Tuesday, March 30, 2010

RAHSIA TARIKH LAHIR

Lepas tamat latihan migrasi Oracle Forms dan report from 9i to 11g aku singgah sekejap di meja Am. Niat asalnya nak tanya perkembangan status bugs pada portal..Tetiba kuar topics yang mengujakan..Rupanya Am telah menghadiri kursus NLP = Ilmu memodel keunggulan seseorang...dan sempatla berkongsi serba sikit ilmunya dengan aku..berkenaan tarikh lahir..

Rupanya dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi.

waa..aku dalam kategori ni la...Tapi yer ke...apapun ni kajian jek kan...Mana yang baik kita kembangkan lagi..mana yang kurang..kita asah menjadi lagi baik..

Pendamai

  • Dilahirkan sebagai diplomat.
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambi kira dirinya sendiri.
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
  • Mereka tidak suka bersendirian.
  • Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
  • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri(self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Doa...


Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..

Doa yang digalakan semasa mengandung
- Saidul istigfar
- Doa mohon rahmat (Surah ALi Imran , 3 :8-9)
- Doa mohon zuriat yang baik (Surah ALi Imran , 3 :38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (Surah Ibrahim, 14 :40-41)

Doa yang digalakan semasa membesarkan anak :
- Doa anak patuh kepada Allah (Surah Al Baqarah , 2 :128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Surah Al Furqan , 25 : 74)
** Dipetik daripada email yang diforward oleh seorang kawan

Monday, March 29, 2010

Terima Kasih Sahabatku..

Tiba-tiba petang ni aku menerima kejutan..Huhu..sangat terharu..Rasa nak nagis pon ye..Terima kasih tak terhingga kepada "Sahabatku" kerana menghadiahkan kitab yang tak ternilai harganya ni sempena besdayku yang lepas..Mudahan menjadi panduan kepada ku agar selamat dan bahagia dunia dan akhirat.

Sunday, March 28, 2010

Kuala Lumpur International Book Fair 2010

Kuala Lumpur International Book Fair telah diadakan di PWTC dari 19 -28/03/2010. Boleh layari http://www.kualalumpurbookfair.com/ untuk makluman lanjut. Memang best la..Harapnya, tahun depan dapat bertemu lagi di Pesta Buku ini..


Kepada peminat2 Novel,..Alaf 21 memang wajib singgah..



Dah penat jalan-jalan cari Buku, kita makan pulak........;-) Time kasih kepada Kak Murni yang membelanja kami makan waffle yang enak..

Pisang @ Banana..;-)

Dah lama tak entry apa2..so, hari ni aku cite pasai pisang...hahhha...ntah hape2 kan..dalam banyak2 cite..pisang yang jadi topicnya..

Ni bukan sebarang pisang..Ni la pisang pertama yang aku tanam. Terima kasih kepada kak Murni kerana bagi benih Baka Pokok pIsang yang baik kat aku..Ni Pisang jenis export tau..Buah nya besar, sedap dan manis..Tapi sayang sikit sebab aku terpaksa tebang pokok pisang ni sebelum dia masak. Mana taknya..Pokok pisang tu dah condong dan hampir merobohkan pagar rumah aku...

Kepada yang dah merasa, doakan ada lagi pokok pisang aku berbuahg pas ni..Kepada yang blom..(Kak Kesuma)..Ada rezeki saya anta ke umah yer..Jangan merajuk tau...
There was an error in this gadget