Thursday, May 21, 2009

Surat Terbuka Untuk UPSI

Bila aku baca surat terbuka dan jawapan kepada surat terbuka dalam Utusan baru-baru ni, aku terpikir siapa yang tulis ni..adakah sama mcm surat2 layang yg pernah UPSI terima sebelum ni. Aduhai UPSI malangnya dikau kalau ada dikalangan staf mu yang menjadi dalang dalam kejatuhan dirimu. Kalau ikutkan sapa yang tau sume cite detail2 ni…PAR? P/O ke???? hehhe..tepuk dada tanya hati..

Dalam beberapa tahun ni semua orang bercakap tentang BITARA. BITARA menjadi soalan favourite dalam interview, BITARA mengambil tempat dalam sesi renungan pagi..BiTARA sana..BITARA sini. Bila kita bercakap tentang BITARA, penerapan nilai-nilai murni, integriti dsbnya…Selalunya ia byk difokuskan kepada orang bawahan sedangkan pada aku pemimpin adalah contoh yang terbaik. Ada ke analisis yang dibuat berkenaan keberkesanan BITARA. Berjaya ke BITARA di UPSI…???? Aku rasa ni la perkara PENTING yang perlu dibuat…..

Pandangan aku, budaya kerja sekitar tahun 2003 sehingga 2005 dah makin terhakis (aku lapor diri 2003)…Mungkin juga kerana ramainya staf yang masih muda membawa budaya ‘keanak-anakan’…@ ramai staf yang diambil kurang kecintaan kepada UPSI @ ramai yang menjadikan UPSI sebagai tapak persinggahan sahaja…@ ramai yang hanya kejar pangkat dan gaji semata.

Kesimpulannya, kalau UPSI nak jadi Universiti yang cemerlang macam USM, UiTM dll…semua orang (staf) kena berubah..berubah sikap kepada yang lebih baik..memberi kritikan dengan cara yang berhemah dan menerima kritikan dengan terbuka.. Jadi hentikan la menghantar surat-surat layang @ tohmahan2 kepada Ibu Kandung kita ini. Gunakan cara yang lebih berhemah.

Cintailah UPSI dan bekerjalah dengan Ikhlas…..kerana bila kita pilih UPSI..di sini kita bermula semula, menimba ilmu, mencari rezeki, dan mungkin di sini juga pengakhiran kita….Mudahan kerja kita menjadi ibadah terbaik.

<<View surat Terbuka Untuk UPSI>> <<View Jawapan surat Terbuka Untuk UPSI>>

No comments: