Wednesday, April 29, 2009

Sg Klah lagi....

Kami ke Sg Klah lagi..kali ni Sukaneka anjuran dept pakweku...Sukaneka bermula pada pukul 9.30 pagi...tapi pukul 9.30 pagi kami baru nak bertolak..bila sampai sume dah selesai...kesian kat aisyah..tak de la dapat apa-apa hadiah...

Apapun Aisyah tetap seronok sebab dapat berendam dalam kolam...emmm...korang...fyi...sekarang ni kolam air panas keluarga ditutup untuk servis...so..kalau sapa-sapa nak pegi..boleh mandi kat bahagian air sejuk dan kolam air panas kecik-kecik tu aje...

layan gambar2 aisyah sepanjang di sini...











Kata-kata hikmah dari insan yang biasa-biasa aje:-) Ambil apa yang patut untuk kita sahaja..jangan kita ambil hak orang lain..Lembutkan lah hati dengan bersedekah...mungkin dengan sedekah yang sedikit itu dapat mengembirakan insan yang lain...

Bengkel Hrmis

Dah lama tak n3 apa-apa..Agak bz dan penat sampai tak de kesempatan nak update blog...Ni cite last week.selama 5 hari aku menghadiri bengkel HRMIS di Hotel Excelsior Ipoh...Bengkel PENGEMASKINIAN WARAN PERJAWATAN DAN PENYANDANG DALAM SISTEM HRMIS BADAN-BADAN BERKANUN DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI...Sangat la memenatkan bengkel ni..jadualnya memang padat la..sampai ke malam...

Sepanjang bengkel ni..aku bersama Kak Murni...semua kami buat bersama sepanjang 5 hari di sana...Alhamdullilah semua dapat diselesaikan semasa bengkel..Tapi ingat....HRMIS tak abis di sini sahaja...Banyak lagi kena buat selepas ni........plan..plan...work..work...






Walaupun penat dan segala macam perasaan dalam hati ..kami tetap tersenyum...:-)



Ni teman semeja kami sepanjang bengkel..Dari Utem..Memang cool sangat...sentiasa tersenyum walaupun waran mereka hilang dan mereka team paling akhir siap rasanya... Masa kami balik pon drg masih berusaha....



















Kak Murni ni senyum jek walaupun dia demam sepanjang bengkel ni...Ni pemandangan dari bilik kami di Tingkat 13...sayup je Bandar Ipoh...sayu teringat kat Tg Malim jek masa ni...

Kata-kata hikmah dari insan yang biasa-biasa :-) Kemuliaan bukan pada paras rupa..Kemuliaan ada pada hati yang tulus & ikhlas...Beralah tak semestinya kalah...Mudahan semua yang kita lakukan kerana Allah dan semoga kerjaku menjadi ibadah..

Saturday, April 11, 2009