Monday, June 22, 2009

Potluck...

Aktiviti hari ni..bawa makanan sorang sikit..makan ramai-ramai...ditambah dengan kursus yang tidak disediakan makan tengahari..memang rezeki la..best sungguh..:-)







Sunday, June 7, 2009

AGM Prestasi


Saja nak menunjuk kat sapa-sapa yang tak pegi..(kecuali kak zah ye)...ni le hadiah yang kami dapat..hehhe..Aku bukan jenis orag yang pakai jam pon..Tp sebab dah ada..nak menayang2 jugak le...hehhehe...mcm poyos jek kan...

Sib baik au tak terpilih sbg AJK..selamat...fusshh..dan sib baik cik Mail tak ringan2 mulut sebut2 nama aku...Nak tau sapa dikalangan kami yang dapat,...mesti sume dah tau kan..Cik Put ...Good Luck Put....:-) Jangan lupa ek masukkan aku bwh Biro ko...

Selamat Pengantin Baru..

Sabtu..6/6/2009..Kami meraikan majlis perkahhwinan Jaja..NI le 3 keping gambar yang dapat disnap untuk tatapan kawan-kawan semua.
"Selamat pengantin baru Jaja...Semoga berbahagia ke akhir hayat.."




Friday, May 29, 2009

Sweet Time Together..

Hari ni..kami buat surprise kat Kak zah…Sambut besday Kak zah kat Dapur siam..”Hepi belated besday kzah…May Allah bless you always”

Hehe…ni le kek special for kzah..besarkan..memang terkejut gabak tgk kek ni..hehe..pas ni kak su..kalau order kita cari yang comei2 yer……layan gambar2 ni..nak tau sapa ambilkan..heheh..ex Am la..si Zharif…Tq Zharif..dapat jugak ko merasa kek besday kzah kan..



Thursday, May 21, 2009

Surat Terbuka Untuk UPSI

Bila aku baca surat terbuka dan jawapan kepada surat terbuka dalam Utusan baru-baru ni, aku terpikir siapa yang tulis ni..adakah sama mcm surat2 layang yg pernah UPSI terima sebelum ni. Aduhai UPSI malangnya dikau kalau ada dikalangan staf mu yang menjadi dalang dalam kejatuhan dirimu. Kalau ikutkan sapa yang tau sume cite detail2 ni…PAR? P/O ke???? hehhe..tepuk dada tanya hati..

Dalam beberapa tahun ni semua orang bercakap tentang BITARA. BITARA menjadi soalan favourite dalam interview, BITARA mengambil tempat dalam sesi renungan pagi..BiTARA sana..BITARA sini. Bila kita bercakap tentang BITARA, penerapan nilai-nilai murni, integriti dsbnya…Selalunya ia byk difokuskan kepada orang bawahan sedangkan pada aku pemimpin adalah contoh yang terbaik. Ada ke analisis yang dibuat berkenaan keberkesanan BITARA. Berjaya ke BITARA di UPSI…???? Aku rasa ni la perkara PENTING yang perlu dibuat…..

Pandangan aku, budaya kerja sekitar tahun 2003 sehingga 2005 dah makin terhakis (aku lapor diri 2003)…Mungkin juga kerana ramainya staf yang masih muda membawa budaya ‘keanak-anakan’…@ ramai staf yang diambil kurang kecintaan kepada UPSI @ ramai yang menjadikan UPSI sebagai tapak persinggahan sahaja…@ ramai yang hanya kejar pangkat dan gaji semata.

Kesimpulannya, kalau UPSI nak jadi Universiti yang cemerlang macam USM, UiTM dll…semua orang (staf) kena berubah..berubah sikap kepada yang lebih baik..memberi kritikan dengan cara yang berhemah dan menerima kritikan dengan terbuka.. Jadi hentikan la menghantar surat-surat layang @ tohmahan2 kepada Ibu Kandung kita ini. Gunakan cara yang lebih berhemah.

Cintailah UPSI dan bekerjalah dengan Ikhlas…..kerana bila kita pilih UPSI..di sini kita bermula semula, menimba ilmu, mencari rezeki, dan mungkin di sini juga pengakhiran kita….Mudahan kerja kita menjadi ibadah terbaik.

<<View surat Terbuka Untuk UPSI>> <<View Jawapan surat Terbuka Untuk UPSI>>